Wednesday, October 7, 2009

pagi yang sangap2

2007 pukul 5pagi

masa tu gua ngan bebudak ni baru masuk first year kat universiti sains la sangat ni.so masa time tu lak first time la plak gua berpuasa kat u ngan kawan2 yang baru gua kenai. .peh memang pengalaman best r bagi gua n lakan2.

gua ingat lagi masa bulan puasa tu gua stay kat bilik dak soe.tapi bukan gua je.pejal mad amal epi mazhad dan beberapa kutu rayau yang memang tiada arah tujuan sentiasa berkumpul kat bilik tersebut untuk mendapat ketenangan di tahap dewa semasa bersahur tersebut.selalunya gua le yang akab mencetuskan keriuhan di dalam bilik tersebut bersama lakan2 yang lain.memang berpesta pon di dalam bilik tersebut.walaupun hanya bersaiz besar skit je dari jamban kat rumah gua.bilik ini cukup menghiburkan gua dan lakan2 gua yang sedang sangap belaian kasih sayang keluarga yang jauh di mata.almaklomlar first time masuk u.

ok citer dia macam ni.masa tu gua nak sahur ngan kawan kawan gua.masa tu gua tak tau r puasa ke berapa ntah.ke 17 ratus kot.arrrr tak tau r.so pagi tu gua mad mazhad n soe bercadang nak makan nasi goreng resipi keluarga soe di bulan ramadhan yang akan dijual di pasar ramadhan dengan harga 2 ringgit sebakul.murah kan.lu orang beli r ea..support r skit barang buatan malaysia..boleh bawak stok raya sekali.so pagi tu gua lambat bangun seperti biasa.biasa r superhero,mana leh bangun cepat2.so gua dah sedar dah masa tu tapi gua buat macam tak sedar je masa tu.gua usha2 mad ngan mazhad ngan soe tgh hidopkan api dapur yang dmiliki sah oleh soe yang membelinya di taiping dengan harga yang amat berpatutan.dah tu gua tengok dak mad terkebil2 mata beliau masa nak hidopkan api dapur tu.mazhad lak sibuk je nak ngelap pinggan.soe lak asik korek2 dapur tu je.sambil tangan sedang menggegam senduk.then masa diorang sedang godek2 dapor ,gua pon buat macam baru bangun dan menanya apakah perihal masalah yang luorang semua hadapi.

then diorang cakap dapor tak leh son r bro. hak ala kojo sonang yo tu.kan dah kuar bahaso nogori den ha.pas tu gua pon godek2 dapor tu,godek nya godek nya godek ambik kau tiba2 api marak besar giler babeng.gua dah saspek ni mesti kebocoran gas matana ni.gua cuba mencari jalan memadamkan api tersebut.berbagai2 solutions gua tengok kawan2 gua sedang buat.kelakar gak bila gua ingat tindakan kawan2 gua tu.ni lar antara solutions yang diorang wat masa tu.

soe--gua tak tau apajadah soe wat.dia jes terkorek2 dapor tu ngan kuali sambil tu muka cemas tambah yakin belh padam kan api tersebut dengan cara mencungkil2 dapor tersebut.ada lalat kat tangan pon tak terpis,salu kalu lalat ada.kan main mengamok beliau.muka berpeluh tahan kemarahan kat gua.sebab gua r dapor beliau terbakar.ha ha ha

mazhad--lagi tak logik gua tengok.adake patut api tgh marak ni.dia lak leh guna teknik otak sebelah kiri dia yang hanya digunakan masa zaman nopolean dahulu iaitu dengan cara menghembus kek hari jadi.otak lu gua kata.dia leh lak tu tiup sekuat sekuat hati macam komperm je leh padam gas tu.merah2 gak muka beliau nak padam api tersebut.muka kompiden je yakin leh padam kan api tersebut dengan 5 tiupan dia yang paling deras tu........gua aser2 terkenjat2 taik dia nak terkeluar masa tu.sebab gua rasa dah dekat 91ratus kali dia tiup tak padam2.giler r

mad--gua tak paham ngan mamat ni.adake patut.api tgh marak ni.dia leh ketuk2 dapur tu.dia ingat ngan ketuk2 dapur tu leh r pdam api yang sedang marak tu,elek je muka dia ,selamber je dia terketuk2 dapor.gua dah ase angin masa tu ngan mamat ni.ketuk2 waaaaaaaaa gua tak tahan masa tu.muka dia bapak r kompiden giler dengan ketukan tersebut beliau yakin leh padamkan api tersebut.gua rasa dekat 89 kali r dia ketuk2 tapi still tak padam2 gak.sambil tersenyum lak.n ada r kenyit2 mata skit.siot je pangai....ko mad

gua mula2 cuak gak r,mana la tau tiba2 meltup ke apajadah ke kan.abis gua n plen takpat laya beb.gua aser macam nak siram je air kat dapur tu.tapi macam tak best lak.gua tengok je kawan2 gua membuat solutions masing2.dah tu gua try jugak r cungkil2 ngan sudu pas tu gua try ketuk2 dapur tu then yang last sekali gua join dak mazhad tiup2 kuat.tak sangka r bila kali 89 rauts mazhad tiup api tersebut padam,muka cemas masing2 dah berubah,menunjukkan tanda gembira dan selamat.best2.tapi upe2nya tak selamat gak sebab masa tu tinggal lagi beberapa minit je nak waktu imsak.gua dah kata dah tak smepat ni kita nak bersahur so dengan rasminya pagi tu gua ngan bebudak ni sahur makan kurma then terpaksa lupakan nasi goreng turun temurun keluarga dak soe tu..siot tul.kitorang gelak sampai pagi bila mengenangkan peristiwa sengal tersebut......muka2 masing memang nak selamatkan diri n kwan2 r ha ha ha.tu la kawan susah sama2 senang pon sama2.bukan nak senang sorang susah sama2.tu kawan bodo tu.ha ha ha ha

gua dah hantar semua port folio bebudak ni kat jabatan bomba kat mexico.diorang kata diorang memang perlukan aktivis macam kitorang.sebab ada 98 hektar hutan terbakar memerlukan cara pemadaman hutan yang betul dan efektif.hanya kitorang mampu buat semua tu,tapi gua cakap gua nak gaji sorang2 semuanya 100 jutapound sterling sehari.kalau diorang sanggup kasi gua on je....

No comments:

korang rindukan cerita lama ash

Related Posts with Thumbnails