Saturday, November 1, 2008

kenapa komikus m'sia lukis style manga??

aduh

Ni satu soalan yang aku rasa tak boleh
blah untuk aku jawab.Yang nyata aku
jadi bingung dengan soalan ni.Sudah la
dengan manga2 yang menimbun kat
pasaran sehingga menenggelamkan komik2
tempatan,dibawa masuk tanpa
sekatan,dengan majalah2 yang mencetak
(menciplak) manga dari internet macam
Kreko dan sekutunya.Majalah komik
tempatan macam Gempak yang aku respek
giler zaman sekolah menengah dulu pun
dah bertukar majalah manga dah.Tak
cukup dengan tu,rata2 komikus pelapis
skang ni pulak melukis komik style
manga,come on la..di mana idendtiti
komik kita?Yup..bukanlah satu dosa
besar kalau korang nak melukis style
manga ke ape,at least manga tetap
paling laku kat m'sia ni jauh
meninggalkan komik us,china,apatah
lagi komik tempatan.Majalah komik
paling laku kat M'sia ni pun tetap
Kreko dan Gempak..cuma tu lah,kenapa
nak ikut style tipikal manga bulat2
sedangkan mangaka kat jepun sendiri
pun cuba lahir dengan identiti sendiri
daripada terus terikut2 gaya tipikal
manga,contohnya mangaka idola
aku,Takehiko Inoue.Sebab tu lah
diorang ni takda masalah kalau
penerbit2 komik dari us macam DC atau
Marvel bayar diorang untuk lukis
Batman atau Spiderman untuk
diorang,disebabkan stroke diorang yang
tak tipikal dan unik.Cuba bandingkan
pulak dengan pelukis2 'manga' kat
M'sia ni,macam bumi dengan planet
pluto jauhnya.Aku takla nak burukkan
pelukis 'manga' kat m'sia ni.Ada jugak
yang aku respek atas sebab2 tertentu
macam Ben.Apatah lagi untuk aku kutuk
manga,tak same sekali.Aku antara
jutaan peminat manga.Tapi kenapa aku
mesti ikut semua benda yang aku minat?
Macam kau minat sorang awek jepun ni
lah,takkan kau kena pakai pakaian
jepun,makan sushi,cakap bahasa jepun
hari2 pulak kan.Be yourself lah bro!
Setakat dengar lagu jepun dah la
kan..Dan kepada penerbit2 komik jangan
pulak jadikan style manga tu dah jadi
satu terma pulak untuk artis2 kita
berkarya..Ingat,artis2 kita yang
mendapat perhatian luar adalah artis2
yang lahir dengan identiti dan
keunikan sendiri:
Adijin,Kutu,etc.Kalau ye pun nak kaut
untung tak semestinya kena mengikut
pasaran 100%,bak kata Benjamin(komikus
China),kita sendiri boleh mencipta
pasaran.Dalam pasaran komik china yang
mengagungkan komik2 pahlawan,beliau
lahir dengan identiti sendiri,hasilnya
dia berjaya mencipta kelompok peminat
tersendiri termasuk aku.Lastly,satu
benda yang aku cukup berbulu dengan
kelompok peminat manga kat m'sia ni
bila bercakap tentang identiti komik
tempatan,diorang cakap yang komik
m'sia tak lawa;gigi jongang,hidung
lopong..oit..tak semestinya komik
m'sia gitu.Kat jepun pun ada mangaka
style gitu.Tu identiti masing2,Ujang
yang lukis kartun hidung lopong gigi
jongang tu bukan sebab dia takleh
lukis lawa2.Muka kau sebijik lagi
hensem dari gambar pun dia boleh
lukis.Dah tu stail kartun dia,apahal
korang nak kritik pulak.Kalau kau
nak,kau buat la komik berindetiti
m'sia yang lawa2.Kau boleh besarkan
leher,telinga atau apa2.Kalau kau
boleh terima manga yang mata dia ultra
besar,nape kau takleh terima kalau aku
lukis watak komik dengan leher besar
pulak?Bak kata Nabil,lu pikir lah
sendiri...!!

1 comment:

Aman Wan said...

errr...pedas sungguh..aku pun terasa gak. haha.. tapi aku mmg setuju 100% dengan kau. betul la kenyataan tu. ramai sangat pelukis2 kat malaysia nak sangat lukis ala2 manga, termasuk la aku. ni pon maybe disebabkan latihan melukis dulu aku rujuk karya dragon ball. jadi, terpengaruh la jugak..

neway, aku pon sedih dan kecewa dgn stroke aku. sebab aku tau, stroke aku tak melambangkan identiti aku. tapi, sekarang aku cuba jugak mencari stail baru yang lebih ke malaysiaan. hope dpt la jugak carik.. huhuhu

korang rindukan cerita lama ash

Related Posts with Thumbnails